Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Hari pertama bangkit dengan harapan
Moga mampu tempuh sampai ke penghujung
Dua kaki untuk tampung semua anggota
Satu kepala untuk menampung berbagai perkara

"Aku mampu...."

Kosong jika hidup tanpa dugaan dan cabaran
Cuba hadap...
Walau airmata menjadi pencerita tanpa dipaksa
Walau kaki menjadi penguat untuk melangkah

Hari berganti hari
Minggu....
Bulan...
Terus berganti
Dimana kemanisan aku tak pernah pasti
Tetapi syukur sentiasa dihati
Allah selalu menemani

Airmata..
Senyuman....
Adalah pelengkap perjalanan sepanjang masa
Jangan ditidakkan segalanya
Itu lumrah yang tak boleh ditolak

2012
Benar-benar mengajar aku menjadi sabar
Menjadi dewasa
Menjadi penerima kenyataan
Menjadi manusia yang selalu redha akan ketentuan

Mereka datang dan pergi tanpa ada henti
Kemanisan menjengah
Kesedihan bertapak
Semua itu mengajar erti betapa hidup bukan hanya satu rasa

Terima kasih 2012....
Aku benar-benar teruji dengan kehadiran kau
Walau aku masih sendirian melalui jalan yang kau sediakan
Namun aku bersyukur...

Selamat datang 2013
Semoga akan ada lebih kebahagiaan nanti
Dan aku harap akan hilang hujan airmata
Dan diganti dengan hujan bunga....
In sha Allah

Friday, December 21, 2012

Saya Tipu

Dah dua minggu saya kirim rasa pasal awak
Awak  cuma diam
Saya dah faham
Sebab saya tahu cara awak

Mungkin awak hormat keputusan saya
Atau memang awak tak pernah endah tentang erti rasa saya
Mungkin juga awak tidak mahu lagi membahas tentang kita

*Hela nafas panjang*

Saya cuma diam
Sebab dah letih untuk bertindak
Bukan putus asa
Cuma kudrat seolah tak berdaya

Saya gagah awak...
Gagah depan semua

Saya lakukan perkara yang sama untuk lupakan tentang kita
Saya yakin saya mampu
Saya pasti saya boleh
Saya mampu lupakan awak

Tapi...
Saya tipu sebenarnya

Buktinya...
Saya masih conteng tentang awak
Saya masih ingat tentang awak

Sunday, December 16, 2012

Kadang-Kala Kita Tak Mampu Memilih


Kadang-kadang aku rasa macam
Nak hentak kepala kat batu
Nak menjerit sekuat hati
Nak selam dalam-dalam

Bila semua aku tak boleh hadap,aku cuma mampu menangis..
Terapi katanya...

Mana ada terapi dengan airmata?
Semua tipu!!

Bila mula rasa turun...

Manusia sekeliling rasa tak berguna
Angin yang dingin serasa panas membara
Matahari ....
Rasa seakan ingin bagi aku mati...

Diam..
Penawar pada semua cacian

Aku tak nafikan...
Tapi sampai bila?

Bagi semua orang puas bergelak
Bagi semua orang sakan berpesta atas airmata
Baru nak bersuara?

Itu kata disini...

Bila jadi pada aku
Aku sendiri tak tahu nak buat apa
Diam atau aku lawan

Tapi...
Sekarang ini aku memilih untuk diam dan biarkan mereka bersuara
Kerana itu boleh buat mereka bahagia...

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿