Sunday, March 17, 2013

C U B A

Dari dulu aku selalu cuba

Cuba untuk
Faham...
Cuba untuk
Tunggu...
Cuba untuk
Jadi yang terbaik

Supaya nanti aku dapat sama-sama rasa apa yang dia rasa

Bukan berhari
Tapi berminggu....
Semenjak dia berada disana

Aku tunggu
Aku rindu

Bukan berminggu aku minta untuk dia habiskan masa untuk aku,
Cukuplah sesaat jika itu saja yang dia ada
Bukan setebal novel kata-kata yang aku mahu dari dia
Cukup khabar berita yang boleh tenangkan jiwa

Dia mungkin tak tahu sebanyak mana rindu aku pada dia
Tapi tak apa...
Tak penting bagi sesiapa termasuk dia

Aku akan terus cuba
Cuba untuk dia

Apa yang aku mahu
Tuhan tolong jaga dia disana

Wednesday, March 06, 2013

Dia Terindah

Satu waktu dulu takdir kau berkenalan dengan dia
Kau sapa dia
Kau tanya nama dia

Kau semakin mesra dengan dia
Kau rasa tenang bila dia ada
Kau rasa kosong bila dia tiada

Ada ketika
Kau bertelagah dengan dia
Dia marah kau
Kau cuba jauhkan diri dari dia
Dia minta kau tinggalkan dia
Dia minta kau hapuskan semua harapan

Kau dan dia diam untuk beberapa waktu

Kau tak pernah berhenti untuk tunggu dia
Pada kau walau apa pun jadi dia tetap dalam hati
Doa kau tak pernah henti

Tuhan memang tak pernah silap menilai isi hati
Dia kembali lagi..

Terlalu banyak perkara kau lalui dengan dia
Terlalu banyak langkah dia pergi dari kau

Tapi hati kau tetap sama
Orang kata kau degil
Kau tak peduli

Dia dah ambil hati kau dan bawa pergi
Dia simpan separuh dari jiwa kau tanpa dia sedari
Dia selalu hadiahkan kau senyum penuh arti
Dia juga hadiahkan kau tangis tak terperi

Hari ini kau mula sedar
Dia terlalu indah
Dia terlalu bermakna
Dia juga yang menyembuhkan luka dihati kau

Kau sayang dia...
Kau tunggu dia...
Kau rindu dia...

Tapi kau juga sedar
Tuhan punya perancangan sendiri
Jika bukan dia yang tuhan kata untuk kau
Kau akan terima
Sekurang-kurangnya untuk waktu ini hanya dia dalam hati...

Mungkin...nanti sampai kau mati

Sunday, March 03, 2013

Doa Buat Kamu

Tuhan...
Dipagi yang sunyi saat semua melelapkan mata
Aku masih lagi celik
Memikirkan sesuatu dan seseorang

Walau aku dan dia senyap tanpa kata
Tapi hati aku tak pernah senyap dari mengingati dia
Tak pernah lupa menyebut dia dalam setiap sujud dan doaku

Hari ini diawal pagi
Aku ternampak sesuatu

Dia berada di medan pertempuran

Seakan terhenti degupan jantung ini
Menggigil seluruh anggota badan

Aku mohon padaMu
Engkau lindungilah dia setiap saat
Disetiap langkah kakinya

Aku tak mahu kehilangan dia saat ini
Aku belum bersedia
Aku tak mampu lagi untuk hadap

Tolong tuhan...
Jagakan dia untuk aku dan untuk negara
Walau dia bukan tercipta untuk aku nanti
Aku tetap mohon untuk waktu ini

Hati aku milik dia
Rindu aku milik dia
Sayang aku milik dia
Jangan pernah biarkan semua ini terbiar berteman airmata

Tuhan...
Aku terlalu sayangkan dia
Tolong lindungi dia

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿