Wednesday, January 29, 2014

Lelaki Banyak Pilihan

Jangan malu nak mengaku
Sesungguhnya aku sudah tahu

Tak perlu berseloroh bagi aku keliru
Kerana nanti-nanti aku juga ada disitu

Dasar lelaki banyak pilihan
Sampai saat hujung pun
Masih mahu teragak-agak

Gantunglah tali siap-siap si bakal tunang
Bila dah tak tahan
Hanya tinggal rentap!

Selamat bertunang kawan sekejap-29.Jan.2014

Aku Perati

Kau ingat muka lawo kau boleh bawak mati?
Pegang handphone beso
Pandang aku penuh sinis

Kau ingat kecik molek tubuh kau
Boleh beli nasi free?
Pakai wide shawl lilit sana sini
Pandang aku macam aku tak reti

Cantik tu nanti jadi buruk
Kecik molek tu nanti jadi kecut
Senang nak cerita semua tak kekal lama

Aku perati...
Aku perati kau berdua

Tempat kerja-29.Jan.2014

Tuesday, January 28, 2014

Dah Lewat

Dah lewat rasanya
Esok mahu kerja
Waktu ini masih menaip
Mencipta kata

Jom tidur
Kita mimpi yang asyik semuanya
Biar lupa akan pedih dan lara
Yang selalu menyiksa jiwa

Selamat tidur penghuni dunia
yang mana buminya
Sedang pekat hitam--

Bilik gelap-28.01.2014

Thursday, January 23, 2014

YangKosong

Ini yang baru
Aku nak ubah semua
Biar yang benci
tercari-cari

Bukan nak lari
Tapi ini hak aku
Jadi ikut suka aku


20:05H
TEMPAT KERJA

Tuesday, January 07, 2014

Terbiar

Semalam,
Aku kirim ucapan hari lahir buat kau
Dengan penuh ikhlas
Aku harap kau balas
Cukup sekadar terima kasih

Tapi,
Apa yang aku dapat
Hanya kosong
Tiada apa
Kau biarkan ucapan itu sepi

Sampai hati

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿