Ada satu masa kau ambil aku dari jatuh
Papah bagi aku berdiri
Pimpin bagi aku jalan
Terasa nyawa yang mati kini hidup kembali
Belaian yang kau hembus sangat dasyat
Aku lupa akan semua
Lupa akan luka
yang pernah menghancurkan aku
Sampai satu waktu,,,
Kau bagitahu kau perlu pergi
Pergi tinggalkan aku
Kerana tidak mahu menyentuh neraka bila mati
Aku cuma mampu nurut
Kerana aku faham apa kau cuba sampaikan
Aku hormat--
Hari ini aku dapat tahu
Aku hanya ditipu
Kau pijak hati aku
Kau buang mana kau mahu
Kau biar aku menahan sakit perih
Pada kau ini balasan untuk aku
Sampai saat ini
Aku masih dipijak
Aku masih terpijak dek rasa sakit yang kau beri
Apa salah aku?
Aku dosa aku?
Biarlah... *tarik nafas*
Tuhan itu satu
Tapi dia maha kuasa
Mampu balas untuk aku
Mampu beri apa yang aku tak mampu
Aku biar macam ni
Jatuh sekali lagi
Rebah untuk kesekian kali
Terima kasih buat aku macam ni