Sunday, May 18, 2014

Hey Anak Muda

Jangan ingat yang diam itu cuma batu
Cuma kayu
Jangan ingat usia meningkat kau dah cukup hebat

Hey anak muda!

Ini aku--
pandang aku--
Walau aku juga masih muda
Tapi aku lebih dewasa

Jaga tutur kamu anak muda
Jangan nanti-nanti
Kerana mulut badan yang binasa

Biar kita kurang belajar
Dari kurang ajar!

Bilik aku
0041H 18/5/2014

Saturday, March 29, 2014

Malam Kita

Terima kasih untuk malam ini
Walau cerita tak habis
Walau duduk semeja cuma seketika
Walau terpaksa berpisah meja
Tak apa--
Aku suka

Tawa kau dengan mereka
Tawa aku dengan mereka juga
Tapi Mereka yang berbeza

Hahahaha
Apa punya bercanda lah
Kau dengan meja kau
Aku dengan meja aku
Jumpa saat semua pulang--

Tapi percayalah..
Kau dah buat semuanya jadi indah--
Terlalu indah..

Monday, March 03, 2014

Mohon Aku


Mohon aku
Simpan baik-baik hati itu
Hati yang makin lusuh--
Tunggu masa untuk hancur;
Tak jaga pun tak apa
cukup sekadar simpan buat teman

Bila-bila nanti kita jumpa
Mohon pulangkan...


Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿