Monday, July 09, 2012

Cuba Untuk Lupa

Duduk dipadang luas..
dongak lihat awan biru yang cantik
walau panas terik seakan menggoreng kulit
tapi aku kaku..

Dia buat aku merenung jauh tentang masa depan dan harapan
Dia buat aku gigit jari dengan angan yang mempersona

Aku cuba lupakan dia..
aku cuba buang dia
aku cuba lari dari ingatan yang selalu mengejar aku tentang dia..
Tapi aku tak boleh..

Aku jatuh dalam lopak cerita dia hingga aku tak mampu bangun lagi...


Aku mahu tutup mata dan lelap supaya aku mampu untuk bermimpi indah
aku mahu duduk diam dan hanya merasa angin yang menerpa
tapi otak kusut !
fikir akan dia...
entah sampai bila , aku juga tak boleh meneka.

Dia disana senyum bagai nak gila dengan hidup yang serba bahagia..
Aku mahu tumpang, tapi dia buat endah tak endah.
Hati kata lupakan saja dia !
Tapi entah apa yang ada buatkan aku sukar...

Tolong aku ! Ajar untuk jauh dari dia.. Lupakan semua cerita tentang dia kerana aku hanya yang ketiga.
Bahan yang akan buat semua orang cerca. Bukan aku minta, tapi inilah rencah sebuah cerita.

Lihat lagi awan,
buat aku rasa tenang...
Aku harus berpijak dibumi yang nyata
dimana ada suka ada duka
ada ketawa ada airmata..

Biarkan dia.. nanti dia akan tahu cinta aku hanya satu..
UNTUK DIA..

2 comments:

Unknown said...

tahniah sebab blog awak adalah pilihan intrend untuk bulan julai ne...:)..bestnyeee..

Mak Lin said...

Salam sayang~ nice blog! Saya follow ye. (^________________^)v Salam Perkenalan.

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿