Wednesday, May 23, 2012

Duhai Indah...

Aku suka pada laut dan pantai...
Walaupun laut dan pantai selalu buat aku jadi kecil,tapi deruan ombaknya mampu membuatkan semangat aku jadi besar. Angin yang menerpa disetiap rongga tubuh membuatkan aku tenang dan nyaman..

Aku suka lihat bintang..
Kerdipan cahayanya selalu buat aku memendam berjuta impian untuk orang yang aku sayang. Kesetiaan bintang pada malam buatkan aku yakin bahawa aku juga mampu sepertinya. Kecantikan bintang membuatkan aku rasa semua yang ada dalam dunia ini indah.

Aku suka lihat awan ..
Walaupun awan itu terlalu jauh untuk aku genggam, tapi kecantikannya buat aku ghairah untuk tatap walau cahaya matahari menghalang. Biar sakit sekalipun aku pasti akan lihat awan kerana setiap bentuk awan itu takkan pernah berulang untuk kedua kalinya.

Aku suka berjalan dalam hujan..
Waktu itu bila aku menangis takkan ada siapa yang tahu. Walaupun hujan yang membasahi tubuh terlalu sejuk, itu hanya menguatkan langkah kaki aku untuk terus kedepan.

Aku suka duduk sendiri..
Memikirkan semua keindahan dan cuba membunuh semua kedukaan dan kesengsaraan. Aku cuba cari teman dalam keindahan itu,tapi semua sia-sia. Aku tersenyum sendiri saat mata tertutup. Mimpi memang semua indah.. tapi reality susah untuk kita duga.

Duhai semua keindahan.. teruslah menjadi indah pada aku. Moga-moga semangat aku juga akan seindah itu ..

1 comment:

Masmira Masri said...

sy pun suka pantai =))

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿