Thursday, April 26, 2012

Terima Kasih Allah

Tak ada kata yang mampu aku luah selain dari 'SYUKUR ALHAMDULILLAH'... Sesungguhnya kemaafan itu sangat penting bagi mereka yang memohon. Mohon pada Allah ,pastinya akan diampunkan kerana Allah maha pengampun. Tetapi.. Memohon keampunan dari sesama manusia,kadang-kala hanya mengecewakan. Hati manusia kadang-kala terlalu keras. Dan kadang-kala hati manusia itu terlalu lembut.

Tuhan.. aku memang manusia biasa yang tak mampu melawan semua kehendakMu,tetapi aku perlu usaha untuk dapatkan apa yang sepatutnya. Terima kasih YaAllah kerana kau telah membuka pintu hatinya untuk memaafkan aku. Walaupu penantian itu satu penyeksaan,aku rela... Hari ini semua penyeksaan itu aku rasakan terkurang dengan kata-kata dia. Engkau memang Maha Kuasa.

"Hati yang menyayangi tak akan lelah untuk bertahan, tak akan menyerah untuk berjuang, krn ia yakin adanya kebahagiaan bersama orang yang dia sayang."

Terima Kasih Allah.. Hati tidak akan pernah menipu.. Itu yang selalu buat aku yakin.. <3
Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿