Tuesday, December 06, 2011

Si Dinding Bisu


Dia dicipta untuk manusia mengenali antara satu dengan yang lain
Banyak fungsi
banyak cerita
banyak ragam
banyak ilmu yang boleh dikongsi
dan banyak kawan-kawan

Kenal atau tidak semua itu hanya cerita kedua
Yang penting digit yang orang lihat
Kadang-kala digit yang banyak itu seolah-olah satu hiasan
kerana tiada fungsinya.
Ahh .. Tidak apa ! Janji banyak..

Kita meluahkan apa yang terpendam
Luahkan apa yang kita rasa
Mencintai seseorang
membenci seseorang
Menilai seseorang
Semuanya diatas dinding yang sama

Berbangganya bila apa yang kita sampaikan mendapat perhatian
sedangkan yang meyokong atau menyukai itu langsung
tidak faham apa yang kita cuba sampaikan
Semuanya sandiwara bisu sang dinding
yang terconteng

Dia hanya mampu diam bila manusia-manusia ini melihatnya
manusia-manusia ini tersenyum,
ketawa,
marah dan bercakap semasa sendiri
Mahunya ketawa,tapi dengan cara apa ...

Dari dia datangnya cinta dan suka.
dari dia juga timbulnya benci nestapa.
Mengapa perlu berlaku semua ini sedangkan
bukan itu tujuan sebenar dia dicipta...
Manusia oh manusia...
nama saja ada akal,
tapi tak ubah seperti makhluk yang kosong kepalanya ...

Jadikan lah dia sesuatu yang berguna.
Yang mampu kau kejar kecemerlangan dalam kehidupan,
mampu menjana segala rezeki yang ada,
mampu mencipta satu silaturrahim .

Kalaulah dia mampu untuk bersuara
pasti manusia-manusia ini akan mengalirkan airmata
mendengar segala keluh resah
sang bisu bernama
Laman Muka Buku ....

No comments:

Copyright©2011-2012.All Right Reserve By ✿CherytaJejaryBisu✿